Raja Perlis melawat mangsa kebakaran Kampung Warna-Warni - Utusan Malaysia

Raja Perlis melawat mangsa kebakaran Kampung Warna-Warni

MAT Saad Mohamad (kanan) dan Mat Isa Mohamad (kiri) meninjau sisa kebakaran kediaman mereka dalam kejadian yang berlaku di Kampung Warna Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis, Perlis, semalam. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat melawat mangsa kebakaran di Kampung Seberang Alor, Kampung Warna-Warni, semalam.

Masyarakat setempat menerangkan kepada baginda kejadian yang berlaku di mana sebuah rumah telah terbakar sepenuhnya manakala dua buah rumah lagi yang bersebelahan turut terbabit dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5 petang itu.

Sekurang-kurang 22 daripada tiga buah keluarga terkesan dengan musibah ini.

Seorang kanak-kanak menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tuanku Syed Sirajuddin menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga yang terlibat dan mengingatkan agar semua pihak sentiasa berwaspada dengan kes-kes kebakaran yang boleh membawa bahaya dan kemudaratan nyawa serta harta benda.

Titah baginda, bencana kebakaran boleh berlaku atas pelbagai sebab.

“Akan tetapi yang kerap adalah berpunca daripada kegagalan peralatan elektrik dan juga penyambungan tenaga elektrik berlebihan selain akibat daripada kelalaian pembakaran sama ada di dapur atau di kawasan terbuka,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya