PRN Sabah, tiada parti tunggal boleh menang secara mutlak

PRN Sabah, tiada parti tunggal boleh menang secara mutlak – Bung Moktar

BUNG Moktar Radin beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada majlis berbuka puasa sempena Program Jelajah Ramadan UMNO di Putatan, Sabah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Tidak ada parti tunggal  boleh menang secara mutlak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata, mengambil kira situasi itu, sudah tentu UMNO Sabah memerlukan rakan kerjasama namun ia belum diputus dan dimuktamadkan.

Katanya, setakat ini belum ada keputusan konkrit mengenai kerjasama UMNO dan Parti Warisan (Warisan).

“Itu sebabnya saya selalu menyatakan bahawa kita mesti mencari rakan kerjasama. Tiada jalan lain lagi kerana satu-satunya parti bertanding tidak akan mendapat kemenangan secara mutlak,” katanya pada majlis berbuka puasa sempena Program Jelajah Ramadan UMNO, di sini semalam.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, pihaknya perlu menilai, menapis serta menganalisis terlebih dahulu kerana jika silap membuat keputusan sukar untuk berpatah balik.

Dalam pada itu, Bung Moktar berkata, beliau bukan berhasrat menyerang Ketua Menteri Sabah apabila membicarakan tentang slogan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang merupakan jata negeri.

Katanya, apa yang dibicarakan adalah soal fakta dan beliau percaya rakyat juga melihat kerajaan negeri memperguna slogan SMJ sebagai retorik.

“Rakyat tertanya-tanya daerah mana yang maju, apa yang sudah berjaya. Saya akan kemukakan soalan ini dalam sidang DUN. Saya mahu tanya daerah mana yang maju dan apa yang sudah berjaya sejak pemerintahan mereka.

“Mungkin ada yang mereka tahu, kita tidak tahu. Rakyat persoalk jalan teruk, masalah bekalan elektrik dan ketiadaan air. Rakyat bertanya kepada kerajaan apa yang boleh ditawarkan kepada mereka untuk atasi permasalahan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN