IPOH: Polis Perak menerima sebanyak 443 permohonan permit bagi penjualan mercun dan bunga api sempena musim perayaan Aidilfitri sejak awal Ramadan hingga Jumaat lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, daripada jumlah itu, 217 permohonan diluluskan dengan 225 permohonan lagi dalam proses semakan manakala satu permohonan pula ditolak. Katanya, faktor permohonan itu ditolak kerana pemohon mempunyai rekod jenayah lampau. “Keseluruhan permohonan permit yang diterima setakat ini…










