LUMUT: Polis sudah mengambil keterangan tujuh individu bagi membantu siasatan kes ibu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menemui kertas berbaur ugutan di hadapan rumahnya di Ayer Tawar semalam. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata sehingga kini polis masih meneruskan siasatan kes tersebut dan belum ada tangkapan dibuat. “Setakat hari ini, polis telah merakam percakapan tujuh individu berhubung kes tersebut,” katanya ketika dihubungi…