Proses untuk menjadi pemimpin, wakil rakyat panjang -Ahmad Maslan - Utusan Malaysia

Proses untuk menjadi pemimpin, wakil rakyat panjang -Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan memberitahu proses melahirkan pemimpin baharu memerlukan tempoh masa panjang, dan bukan sebaliknya boleh dicapai melalui jalan pintas.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, setiap individu perlu melalui proses pembangunan politik yang sewajarnya, termasuklah golongan muda yang berhasrat menjadi calon dalam pilihan raya.

“Saya setuju anak muda diberi peluang, tetapi politik ini satu pertandingan maraton sejauh 42.2 kilometer, bukan secepat larian 100 meter.

“Dimaklumkan kepada saya bahawa anak beliau, seorang anak muda berumur 29 tahun. Saya difahamkan anak beliau dilantik pada tahun lalu untuk menjadi AJK Pemuda Bahagian Batu Pahat. (Bukan menang bertanding).

“Saya doakan agar beliau terus tabah dan setia berjuang dalam UMNO. Cuba bertanding jawatan lebih tinggi dalam parti dan membina pengalaman. Mana tahu suatu hari nanti boleh dipertimbangkan untuk menjadi calon,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Ahmad, pihak berduka dengan keputusan Mohd. Puad meninggalkan UMNO, namun berharap perjuangan politik dapat diteruskan secara berhemah dan menghormati nilai-nilai Bangsa Johor.

“Apa pun, selamat berjuang, namun berjuanglah dengan tertib Bangsa Johor,” katanya.

Terdahulu, Mohd. Puad dalam satu kenyataan mengumumkan untuk keluar daripada UMNO dengan mendakwa terdapat campur tangan pihak istana Johor dalam urusan pentadbiran politik di negeri ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN