MAHA Buffet 2024 bakal menjadi lokasi himpunan makanan terbesar kerana mampu menampung 2,500 pengunjung pada satu-satu masa. Dua restoran popular, Mak Kimbong dan Experiment Kitchen, ‘bergabung’ dalam menyajikan lebih 200 menu masakan tempatan dan barat. Pemilik Experiment Kitchen, Muhammad Hazim Yahaya berkata, pihaknya menyasarkan kehadiran 54,000 pengunjung sepanjang acara berbuka puasa. Jelasnya, sasaran itu diyakini mampu dicapai selepas jumlah kehadiran direkodkan sebanyak 27,000 pengunjung tahun sebelumnya. “Tahun 2023 merupakan percubaan…