Perkenalkan tapak pelancongan menerusi filem - Sofia Jane - Utusan Malaysia

Perkenalkan tapak pelancongan menerusi filem – Sofia Jane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sofia Jane berharap lebih ramai pembikin tempatan yang tampil mempromosikan budaya, sastera dan tapak sejarah negara dalam filem atau drama yang dihasilkan.

Kata Sofia, langkah itu perlu agar elemen-elemen itu diperkenalkan dan didedahkan bukan sahaja kepada masyarakat tempatan malah luar negara.

“Filem menjadi medium negara luar mempromosikan pelancongan dan budaya mereka. Contoh, ramai pelancong ke New Zealand kerana di sana ada tapak penggambaran filem The Lord of the Rings.

“Kita juga ada kawasan menarik termasuk tapak sejarah dan lokasi pelancongan serta budaya yang boleh dipromosikan menerusi filem. Sastera dan puisi kita juga akan mendapat tempiasnya.

“Sudah masanya kerjasama untuk membangunkan usaha ini, membabitkan kerajaan dan penggiat seni perfileman dipergiatkan lagi,” katanya.

Sofia berkata demikian semasa sesi perkongsian Ramu Puisi Rencah Sasterawan yang diadakan sempena Konsert Cipta Citra di Ipoh, Perak baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Sofia juga mengajak pembikin filem agar meraikan puisi dan sastera tempatan yang menjadi sebahagian tradisi zaman berzaman.

“Hakikatnya memang saya tak banyak terima teks drama dan filem yang berunsur puisi dan sastera. Mungkin ramai berpandangan elemen ini tidak kuat untuk menarik penonton.

“Kita ada penonton yang cenderung kepada puisi dan sastera cuma tak ramai. Jadi sebagai pembikin dan penggiat, kita kena dedahkan dan fahamkan masyarakat tentang puisi serta sastera dan nilainya,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya