PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) baru-baru ini menganjurkan siri keempat program Jelajah Saya Digital (JSD) bagi tahun ini di Kompleks Bukit Jambul, Bayan Lepas, Pulau Pinang. JSD @ Pulau Pinang diadakan dengan membawa aktiviti seperti bengkel pengisian literasi digital dan keusahawanan serta pertandingan e-sports, kaunter fizikal pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dan pameran dari agensi-agensi kerajaan yang mengetengahkan aspek pendigitalan. Program itu ke Pulau Pinang bagi mewujudkan kesedaran rakyat…