SHAH ALAM: Lebih 20,000 penjawat awam Selangor yang dibiayai kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan menerima ‘duit raya’ sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 sempena sambutan Aidilfitri pada bulan hadapan. Sementara guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) seramai kira-kira 7,000 orang pula masing-masing menerima insentif sebanyak RM500. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Insentif menerusi Bantuan Khas Kewangan (BKK) itu melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM45 juta…