Pelajar kolej vokasional maut dipukul dalam asrama, 13 pelajar ditahan

Pelajar kolej vokasional maut dipukul dalam asrama, 13 pelajar ditahan

PELAJAR kolej vokasional ditemukan maut dipukul sekumpulan pelajar di asrama kolej berkenaan di Lahad Datu. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Seorang pelajar kolej vokasional maut dipercayai akibat dipukul sekumpulan pelajar lain di asrama kolej berkenaan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu, pelajar bernama Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik asrama kolej tersebut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, pelajar tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberi rawatan kecemasan.

Menurutnya, polis menerima laporan mengenai seorang penghuni asrama kolej tersebut yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, bertindak atas laporan dibuat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu telah bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan mendapati, kejadian berlaku di bangunan asrama lelaki kolej tersebut dan mendapati kejadian benar berlaku dan satu mayat remaja lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik di asrama kolej berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh badan mangsa. Punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni asrama lain.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya di sini semalam.

Rohan berkata, setakat ini pihaknya telah menahan seramai tiga belas orang pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun. Tujuh saksi yang bebas juga telah berjaya dikesan untuk untuk membantu siasatan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×