Pekerja hotel berisiko hilang kerja susulan kenaikan SST

Pekerja hotel berisiko hilang kerja susulan kenaikan SST

Pekerja hotel berisiko hilang pekerjaan jika kos operasi terus meningkat susulan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pekerja sektor perhotelan mungkin berhadapan risiko hilang pekerjaan sekiranya kos operasi terus meningkat susulan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Eksekutif Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO), Shaharuddin M. Said berkata, perkhidmatan itu terkesan dengan SST dan sekiranya pengurusan tidak mampu menampung kenaikan itu, jumlah kakitangan terpaksa dikurangkan.

“Pengurangan pekerja bukanlah pilihan utama, tetapi sekiranya kos semakin meningkat, pengusaha tiada pilihan berhenti pekerja,” katanya.

Menurut Shaharuddin, kenaikan harga bilik hotel berpunca daripada peningkatan harga komoditi dan perkhidmatan semasa yang menyebabkan kos operasi hotel turut meningkat.

“Kenaikan kadar cukai daripada enam ke lapan peratus ini memang memberi kesan kepada perkhidmatan hotel.

“Impak keseluruhannya memberi kesan kepada operasi hotel akibat kenaikan kos perkhidmatan dan produk yang diterima,” kata beliau.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr. Sri Ganesh Michiel berkata, kenaikan cukai SST itu turut memberi kesan domino terhadap pelbagai rantaian perkhidmatan industri perhotelan.

“Sebagai contoh penyelenggaran kontraktor penghawa dingin, kos alat ganti, kos buruh, ini semua antara yang mendorong kepada perubahan dan peningkatan kadar harga tempahan bilik hotel kerana semua naik.

“Jika pengusaha hotel tidak menaikkan kos, perniagaan tiada untung. Kalau begitu baik tutup saja perniagaan,” kata beliau.

Bagaimanapun, kata Ganesh, jika hotel berkenaan mahu terus kekal beroperasi maka semua kos yang naik perlu dipindahkan pelanggan dengan menyelaraskan perubahan harga bilik hotel.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan kenaikan SST boleh memberi kesan buruk kepada industri perhotelan kerana perkhidmatan tersebut kini dikenakan lapan peratus cukai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN