KANGAR: Ramadan kali ini sangat mencabar bagi umat Islam di negeri ini berikutan cuaca panas melampau dengan suhu harian mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tiga hari berturut-turut, sekali gus menyaksikan Perlis berada dalam gelombang haba. Sejak pukul 11 pagi, bahang panas sudah mula dirasai dan keadaan mula memuncak dari tengah hari sehingga ke pukul 6 petang. Rata-rata rakyat Perlis mengakui mereka seolah-olah seperti berada di dalam ketuhar…










