MyWatch menyokong RCI pada Rang Undang-Undang Tembakau

MyWatch menyokong RCI pada Rang Undang-Undang Tembakau

PERTUBUHAN Wanita Malaysia untuk Aktiviti Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa Majlis Raja-raja mempertimbangkan permohonan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kesihatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Aktiviti Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa Majlis Raja-raja mempertimbangkan permohonan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kesihatan.

Menurut kenyataanya, RCI diperlukan terutamanya mengenai isu yang memberi kesan kepada penyahsenaraian nikotin daripada Akta Racun 1952, tembakau dan gangguan industri berkaitan terhadap Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 dan penghapusan Generational Endgame (GEG).

“Sudah hampir 20 tahun Malaysia menjadi parti dalam Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) pada 2005, namun malangnya kerajaan masih tidak memahami apa sebenarnya yang telah ia komited.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak MyWATCH agak terkejut serta pilu mendengar pendedahan terbaru oleh Timbalan Menteri Kesihatan di Parlimen,” katanya. 

Pada 30 November tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di peringkat dasar selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen. 

Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui tekanan penggiat industri rokok dan vape yang ‘melobi’ kerajaan menyebabkan KKM terpaksa  mengubah keputusan  untuk merealisasikan  generasi penamat rokok (GEG).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni dilaporkan berkata, disebabkan tekanan itu menyebabkan berlaku  pertindihan pandangan antara kerajaan, ahli Dewan Rakyat dan pemain industri berhubung pelaksanaan GEG. 

Justeru itu, pengakuan ini juga mencabar prinsip asas kerajaan Madani iaitu slogan tadbir urus yang baik, pembangunan mampan dan keharmonian kaum.

“Di manakah tadbir urus yang baik apabila penggubal undang-undang ditentukan oleh entiti yang sepatutnya dikawal?

“Kos ekonomi dan magnitud beban kesihatan daripada tembakau dan vape dalam jangka panjang boleh membawa kepada huru-hara dalam masyarakat,” ujar pertubuhan itu. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini