PUTRAJAYA: Tiada sebarang campur tangan politik akan berlaku dalam urusan permohonan pindaan perlembagaan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, bagaimanapun, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang maklumat berhubung permohonan Bersatu itu. “Saya belum dapat apa-apa lagi (maklumat berhubung permohonan Bersatu), mungkin mereka sudah hantar kepada RoS tapi saya belum dimaklumkan apa-apa lagi. “Mereka (pembangkang) pernah campur…










