PETALING JAYA: Masalah kepincangan kewangan yang berlaku dalam agensi Persekutuan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu dinoktahkan kerana ia secara terus memberi persepsi negatif pada negara. Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, masalah kepincangan kewangan terus berlaku setiap kali Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dibentangkan. Menurutnya, masalah tersebut terutama pengurusan agensi dan GLC kerajaan tidak seharusnya prosedur operasi standard (SOP) dan tatakelola terutama dalam bidang perakaunan yang ditetapkan…