PETALING JAYA: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berdepan risiko kecairan tunai pada masa akan datang susulan tindakannya tidak membuat penjejasan nilai pelaburan dan melakukan pembayaran dividen kepada pencarum berasaskan keuntungan bukan tunai. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendedahkan, LTAT tidak membuat penjejasan nilai terhadap pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad yang berjumlah RM0.768 bilion dan Pharmaniaga Berhad dengan jumlah RM0.044 bilion. “Perkara ini menyebabkan untung bersih dan pelaburan dalam syarikat subsidiari…










