Lelaki itu sangat istimewa - Adira Suhaimi - Utusan Malaysia

Lelaki itu sangat istimewa – Adira Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Adira Suhaimi tidak menolak dirinya kini sedang mengenali seorang jejaka yang disifatkan sebagai insan istimewa.

Bagaimanapun, Adira atau Siti Adira Suhaimi memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai hubungan itu dan hanya berbuat demikian apabila tiba masa yang bertepatan.

“Yang boleh saya katakan, lelaki itu sangat istimewa. Terus terang saya katakan, dia seorang yang istimewa.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki, kalau semuanya sudah selesai, kalau ada jodoh, doakan yang terbaik,” katanya Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Sayang Orang Sama itu enggan berkongsi bila mula mengenali lelaki tersebut kerana belum bersedia berkongsi secara terperinci.

“Saya tak boleh cerita sampai tahap macam itu. Saya masih belum selesa untuk berkongsi sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, Adira juga enggan mengulas apabila disoal sama ada tindakan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu Bakar yang memfailkan pengesahan lafaz rujuk sebelum ini didoromg rasa cemburu terhadap hubungannya dengan jejaka berkenaan.

“Saya tak boleh komen apa-apa pasal itu,” katanya.

Terdahulu, isu membabitkan Adira dan Datuk Red mengundang perhatian netizen apabila prosiding pengesahan lafaz rujuk yang dikemukakan bekas suaminya itu masih berlanjutan di mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN