Lapan warga China bekerja di lombong bijih besi ditahan - Utusan Malaysia

Lapan warga China bekerja di lombong bijih besi ditahan

SEBAHAGIAN daripada warga China dan PATI yang ditahan dalam satu operasi khas di sebuah lombong bijih besi di Kemaman, semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Padah menggunakan pas lawatan sosial (PLS) untuk bekerja di sebuah lombong bijih besi di daerah ini, lapan warganegara China dicekup dalam satu operasi khas yang dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen JIM Terengganu Azhar Abd Hamid berkata, taktik lapan lelaki itu dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu serbuan di lombong berkeluasan 40 hektar semalam.

“Ketika serbuan dilakukan, kesemua warga asing itu sedang bekerja dan hasil pemeriksaan, kita dapati mereka menggunakan PLS untuk melancong ke negara ini dengan bekerja di sektor perlombongan.

“Ketika operasi dilakukan, kita berdepan sedikit kesukaran berikutan lokasi lombong itu sangat luas dan berbukit menyebabkan mereka sempat melarikan diri selepas mengesan kehadiran pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai operasi tersebut, di sini, semalam.

Azhar berkata, selain lapan lelaki itu, pihaknya turut menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) lain berusia 20 hingga 50 tahun, termasuk seorang wanita warganegara Indonesia.

“Daripada jumlah yang ditahan, seramai 15 pendatang asing merupakan warganegara Indonesia, lapan orang dari China, tiga dari Bangladesh serta masing-masing satu dari Myanmar dan Pakistan yang melakukan pelbagai kesalahan bawah Imigresen,” katanya.

Azhar menambah, empat saman saksi telah dikeluarkan kepada majikan yang terlibat untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN