KPDN pantau alat timbang peniaga di Pulau Pinang

KPDN pantau alat timbang peniaga di Pulau Pinang

S. JEGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang kini sedang memantau alat penimbang yang digunakan oleh para peniaga di negeri ini.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, sehingga semalam, sebanyak 17 kes berhubung alat timbang yang tidak ditentusahkan dan tamat tempoh penentusahannya direkodkan menerusi pemeriksaan yang dijalankan sejak awal tahun ini.

Katanya, selain pemeriksaan tersebut, pihaknya turut melaksanakan Ops Pantau 2024 – Alat Timbang bermula 12 Mac lepas dan akan tamat pada 9 April ini.

“Setakat ini, sebanyak 92 pemeriksaan telah dijalankan oleh pasukan penguatkuasa bagi memastikan peniaga menggunakan alat timbang secara tepat dan sesuai untuk digunakan dalam perniagaan.

“Pada masa yang sama, sebanyak 24 pemeriksaan dijalankan bagi cawangan Timur Laut dan 28 pemeriksaan bagi cawangan Seberang Perai Utara sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pemeriksaan setakat ini berjumlah 144 yang melibatkan pasar basah, kedai runcit, pasar mini dan pasaraya besar.

“Bagaimanapun, tiada sebarang aduan dan tindakan yang diambil melibatkan kesalahan alat timbang antaranya tidak ditentusah dan tamat tempoh penentusahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 sepanjang operasi berlangsung,” katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas lanjut, Jegan turut mengingatkan peniaga supaya sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

“Pengguna disaran agar lebih berinfomatif tatkala membeli barangan mengunakan alat timbang dengan memeriksa tarikh penentusahan yang tertera pada setiap alat timbang yang digunakan di premis perniagaan.

“Selain itu, peniaga juga dinasihatkan agar sentiasa memastikan alat timbang yang digunakan adalah tepat dan sah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN