KOTA KINABALU: Kemungkinan kerjasama antara Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hanya akan dibincangkan apabila tiba masanya. Itu pendirian kedua-dua Presiden parti, Datuk Ewon Benedick selaku Presiden UPKO dan Datuk Athur Joseph Kurup selaku Presiden PBRS mengenai kemungkinan wujud kerjasama antara kedua-dua parti tempatan tersebut. Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, kedua-dua mereka telah memulakan kerjasama…










