SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengeluarkan sebanyak 761 notis kesalahan ke atas individu yang merokok di kawasan pusat beli belah di sekitar daerah Petaling, baru-baru ini. Kesalahan itu dikesan menerusi operasi khas bersepadu bagi menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pada kelmarin dan Sabtu lalu. Pengarahnya, Dr. Ummi Khaltom Shamsudin berkata, operasi itu dilakukan hasil aduan awam mengenai sikap perokok yang masih mengingkari peraturan itu. Menurutnya, JKNS…