KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya tidak memandang rendah ancaman jenayah perjudian dalam talian yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun masih mampu dikawal namun jenayah tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak termasuk PDRM. Katanya, hal itu disebabkan beberapa pemimpin tertinggi pasukan keselamatan beberapa negara jiran termasuk di Indonesia turut terbabit dalam jenayah tersebut sejak mutakhir ini.…










