PUTRAJAYA: Isu penolakan kepimpinan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah akan diselesaikan dalam masa terdekat. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau mengakui wujud sedikit pergolakan dalam PKR Sabah dan ia berada dalam pengetahuan PKR Pusat. “PKR adalah sebuah parti yang terbuka. Dalam masa terdekat kita akan cuba meredakan masalah tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Khas Menteri Dalam Negeri bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan, Agensi…










