KUALA NERUS: Mayat Muhammad Zarif Hazahari, 5, kanak-kanak yang hilang ditelan ombak di Pantai Sauh, Kampung Pengkalan Atap di sini, petang kelmarin ditemukan pukul 3 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mayat kanak-kanak lelaki itu ditemukan terdampar kira-kira enam kilometer (km) dari tempat kejadian oleh pasukan mencari dan menyelamat serta penduduk setempat.
Dalam kejadian pada pukul 6.32 petang itu, Muhammad Zarif dikatakan ke gigi air untuk membasuh kaki sebelum ditarik ombak besar ke tengah laut. – UTUSAN










