3 calon berentap di Kinabatangan, dua penjuru di DUN Lamag

3 calon berentap di Kinabatangan, dua penjuru di DUN Lamag

RAMLAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga calon be­rentap merebut kerusi Parlimen Kinabatangan dan dua calon di Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Lamag yang kosong selepas kematian Datuk Seri Bung Moktar.

Tiga calon bertanding Parlimen Kinabatangan adalah anak kepada Bung, Naim Kurniawan Moktar yang mewakili Barisan Nasional (BN), Goldam H Sala­ngah (Bebas) dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau daripada Parti Warisan Sabah (Sabah), Datuk Saddi Abdul Rahman.

Sementara itu, di DUN Lamag pula, BN diwakili oleh Miha atau nama penuhnya Mohd. Ismail Ayob dan Warisan diwakili oleh Mazliwati Abdul Malek.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, ke­semua calon dibenarkan ber­kempen sehingga 11.59 malam pada 23 Januari ini.

Menurut beliau, SPR sudah menubuhkan empat Pasukan Pe­nguat Kuasa Kempen Pilihan Ra­ya (PP-KPR) untuk memantau se­mua aktiviti calon-calon yang ber­tanding ketika berkempen.

“Seramai 39 orang pemerhati pilihan raya daripada sembilan organisasi telah mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Lamag, Sabah untuk menentukan kete­lusan pilihan raya yang diadakan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dua kerusi tersebut kosong berikutan Bung yang merupakan Pengerusi BN Sabah me­ninggal dunia pada 5 Disember lalu di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Ramlan menjelaskan bahawa bahan kempen yang boleh digunakan seperti iklan, surat sebaran, pelekat dan poster hendaklah mengandungi nama dan alamat pencetak dan penerbitnya kecuali bendera, poster simbol parti dan gambar pemimpin parti atau calon yang bertanding.

“Bahan kempen yang mengan­dungi perkataan-perkataan yang boleh mengembangkan perasaan jahat, berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagama­an atau hasutan yang boleh mendatangkan permusuhan adalah tidak dibenarkan,” jelasnya.

Tambahnya, SPR berharap agar aktiviti berkempen yang dibenarkan akan berjalan dalam suasana yang penuh harmoni serta mengikut undang- undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

“SPR menyeru agar aktiviti ber­kempen berjalan dalam sua­sana yang penuh harmoni ser­ta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang di­te­tapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN