Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM500 setiap bulan - Utusan Malaysia

Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM500 setiap bulan

SEORANG pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah atas kesalahan menerima wang suapan bagi melindungi perniagaan sebuah syarikat pinjaman wang berlesen di Mahkamah Khas Rasuah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah atas kesalahan menerima wang suapan bagi melindungi perniagaan sebuah syarikat pinjaman wang berlesen di Mahkamah Khas Rasuah hari ini.

Tertuduh, Liffindy Ziubin,45, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Jason Juga.

Pegawai polis itu didakwa menerima wang suapan berjumlah RM500 melalui pindahan wang ke dalam akaun bank peribadi miliknya antara 24 Disember 2020 hingga 23 November 2021 di daerah Tuaran bagi melindungi perniagaan sebuah syarikat pinjaman wang berlesen.

Jumlah keseluruhan wang yang dipindahkan ke akaun bank milik tertuduh sepanjang tempoh itu berjumlah RM4,000.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan bayaran RM10,000 dan deposit RM5,000 berserta seorang penjamin tempatan.

Tertuduh juga diarahkan untuk melapor diri di Pejabat SPRM berhampiran sekali dalam tempoh dua bulan dan passport antarabangsa juga perlu diserahkan kepada mahkamah.

Kes dikendalikan oleh Penguasa SPRM, Nur Sabrina Ali manakala, tertuduh diwakili peguam Datuk Ram Singh. –UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN