PUTRAJAYA: Keistimewaan diperoleh ahli-ahli parlimen di bawah perlindungan imuniti Parlimen tidak bermaksud mereka diberikan kebebasan sepenuhnya semasa berbahas di Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Mana-mana ahli parlimen mempunyai batasan tertentu iaitu tidak boleh melakukan kesalahan yang menyentuh perkara sensitif di bawah fasal (4) Perkara 10 dan suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar Perlembagaan Institut Ketamadunan dan Pemikiran Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),…