Ibu pejabat BN akan tentukan rakan parti – Tok Mat

Ibu pejabat BN akan tentukan rakan parti – Tok Mat

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Keputusan siapa­kah rakan parti kerjasama Ba­risan Nasional (BN) Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Ne­ge­ri (PRN) negeri itu hanya akan diputuskan oleh pihak ibu pe­jabat parti.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan ber­kata, setakat ini belum ada sebarang keputusan mengenai perkara itu dibuat, oleh itu beliau berharap agar tidak ada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan me­ngenainya yang dilihat menimbulkan kekeliruan.

“Belum ada apa-apa kata putus, pilihan raya juga belum tahu bila, sama ada BN Sabah mahu berdiri sendiri atau be­kerjasama dengan mana-mana parti, kami menunggu cadangan daripada BN Sabah dahulu sebelum keputusan dibuat di peringkat ibu pejabat.

“Walaupun UMNO Sabah ada autonomi mentadbir, namun da­lam soal pilihan raya mereka perlu dapat kelulusan daripada ibu pejabat yang kemudian akan tentukan hala tuju parti kita BN, yang bertanding bukan UMNO tetapi BN. Saya harap tidak ada sesiapa yang mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana nanti kelirukan semua pihak,” katanya.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bakul Makanan Sempena Ramadan di Masjid Kariah Kampung Siliau, Rantau, semalam.

Baru-baru ini, Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, parti itu dan UMNO Sabah telah menga­dakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasa­ma bagi menghadapi Pilihan Ra­ya Nege­ri Sabah Ke-17.

Mohamad sementara itu menegaskan, keutamaan BN dalam setiap pilihan raya adalah untuk memenanginya, justeru BN Sabah dan parti komponennya perlu berpakat sebaiknya sebelum BN dan ibu pejabat UMNO memikirkan langkah terbaik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN