Hannah Delisha keguguran kandungan pertama - Utusan Malaysia

Hannah Delisha keguguran kandungan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Jumpa di syurga nanti ya sayang.”

Demikian luahan pelakon, Hannah Delisha yang memaklumkan dirinya mengalami keguguran kandungan pertama menerusi aplikasi X semalam.

Pelakon kelahiran Singapura itu berkata, perkongsian itu adalah untuk memberi semangat kepada golongan bakal ibu yang mungkin pernah berdepan situasi sama.

“Saya mengalami keguguran untuk kandungan pertama ini. Menerusi hantaran ini, saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah keguguran.

“Kesedihan yang tidak tertanggung dialami ramai wanita tetapi tidak dikongsi.

Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini dapat beri kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi menyedari mereka tidak bersendirian,” katanya .

Dalam hantaran sama, pelakon yang bakal tampil dengan drama Lelaki Itu berkongsi gambar imbasan sonografi yang dilakukan di sebuah klinik.
“Semoga Allah memberi kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati dengan ketenangan,” tulisnya.

Terdahulu, pelakon berusia 27 tahun itu memuat naik foto yang menunjukkan dirinya sedang dirawat di hospital, namun tidak mendedahkan sebarang informasi.

Untuk info, Hannah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah atau Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, 35, pada 18 Februari 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN