SUBANG JAYA: Seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Damansara dekat sini menemukan bagasi berisi wang tunai melebihi RM500,000 di tempat meletak kenderaan di premis tersebut. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan warga tempatan berusia 30-an kelmarin berkaitan penemuan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira pukul 8 pagi. Katanya, hasil pengiraan mendapati beg itu berisi wang…










