KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika membentangkan RUU itu berkata, bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini. Menurut dokumen yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, RUU Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024 yang dicadangkan ini bertujuan…










