Dua bersaudara dituduh membunuh - Utusan Malaysia

Dua bersaudara dituduh membunuh

M. SARAVANAN (kanan) dan M. Thamilselvan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki di Ayer Tawar dekat sini bulan lalu.

Pekerja kedai mencuci kenderaan, M.Saravanan, 43, dan penganggur, M.Thamilselvan, 48, didakwa menyebabkan kematian terhadap M.Segar, 45, di sebuah rumah di Taman Biru, Ayer Tawar, dekat sini.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 5 pagi hingga 9 malam pada 10 Februari lalu.

Kedua-duanya yang mempunyai hubungan persaudaraan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan tiada jaminan ditawarkan kepada mereka.

Kedua-duanya bagaimanapun memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil.

Majistret T.Kavita menetapkan 18 April ini untuk kes itu disebut semula bagi mendapatkan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Hairol Jemain manakala kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam R.R.Segar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN