Dia dianiaya pihak sendiri, bukan penganjur - Aizuddin - Utusan Malaysia

Dia dianiaya pihak sendiri, bukan penganjur – Aizuddin

KUALA LUMPUR 26 MAC 2024 - Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berucap pada Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan NurJiwa PRIHATIN di Hotel Royale Chulan di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: ALIF UTUSAN / JIMMY KOSMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin, Datuk Aizuddin Ghazali menafikan dakwaan pihaknya menganiaya seorang penyanyi dalam penganjuran konsert berskala besarnya baru-baru ini.

Jelas Aizuddin, pihaknya sudah bertemu empat mata dengan penyanyi itu sendiri untuk membuat penjelasan dan pembentangan dokumentasi melibatkan kos serta bayaran penganjuran konsert tersebut.

“Kami sudah mengadakan pertemuan yang turut dihadiri peguam penyanyi tersebut. Kami beri gambaran sebenar dan baru penyanyi itu tahu dia sebenarnya telah dianiaya oleh pihak lain. Bukan penganjur.

“Pihak itu rapat dengan dia dan telah memuat belit cerita sehingga mencetuskan isu tersebut. Pihak kami sudah membuat penjelasan dengan telus dan tidak ada isu tertunggak daripada pihak kami.

“Penyanyi itu sendiri sudah maklum dan meminta maaf di atas kekeliruan yang berlaku. Ada pihak yang cuba bermain dengan api. Sebagai artis, pengurusan yang baik sangat penting. Kami telus dan amanah dalam isu penganjuran,” kongsinya.

Dalam pada itu, Aizuddin berkata, kekeliruan dan dakwaan yang tidak berasas seperti ini mampu merosakkan kredibiliti dan nama baik penyanyi tersebut jika tidak membuat penjelasan dengan jujur.

“Saya sudah banyak berkerjasama dengan penyanyi dalam dan luar negara untuk penganjuran konsert berskala besar. Tidak pernah ada masalah. Semuanya berjalan lancar tanpa dakwaan tanpa akar.

“Segelintir artis Malaysia mempunyai masalah dengan pengurusan. Kadang-kadang ada pihak sengaja mewujudkan salah faham. Pihak saya sangat terbuka untuk memberi penjelasan. Kami memberi kerjasama baik.

“Sayang sebenarnya sebab penyanyi itu ada bakat dan vokal yang baik. Namun pengurusanya seperti bermasalah, ada isu keluar masuk dan sebagainya. Lebih teruk, ada yang ambil kesempatan,” katanya.

Untuk info, Yayasan Prihatin pernah menganjurkan pelbagai konsert artis dalam dan luar negara antaranya Konsert David Foster & Friends Asia 2023, A Night With Aina Abdul 3.0, Rossa 25 Shininng Years Concert dan banyak lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya