Depan manis betul, belakang mengumpat macam-macam - Shiha Zikir - Utusan Malaysia

Depan manis betul, belakang mengumpat macam-macam – Shiha Zikir

KUALA LUMPUR 4 JANUARI 2024 - Shiha Zikir pada Sesi Meet & Greet Paling Ikonik Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 di Pasar Seni hari ini. / M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir meluahkan rasa kesal apabila mengetahui menjadi bahan umpatan dan cakap belakang oleh individu yang dianggap rapat malah pernah bekerja sekali bersama.

Shiha menerusi hantaran di Instagram berkata, individu talam dua muka itu sentiasa terlihat manis dan baik di depan mata namun rupa-rupanya sering menyebarkan fitnah dan tohmahan terhadapnya.

“Tak tahu nak rasa apa bila dapat tahu orang yang rapat dan kadang kala terlibat dengan kerja-kerja dengan kita rupa-rupanya mengumpat macam-macam pasal kita dekat belakang.

“Yang paling tak seronok,depan manis betul. Sedih ada, syukur pun ada. Sekurang-kurangnya apa yang di agak selama ini betul lah.

“Kadang kita rapat sebab dah anggap keluarga.. Tapi kalau dah belakang sibuk merungut itu ini, jadibetullah pilihan Shiha dari dulu. Small circle itu lagi penting dari big circle. Talam dua muka,” ujarnya.

Tanpa mendedahkan identiti, penyanyi Kalam itu juga mengingatkan individu tersebut untuk memunasabah diri dan jangan merasakan hidup terlalu sempurna.

“Diri sendiri pun banyak tak betul. Jadi jangan rasa diri sudah sempurna. Harap tak kena kifarah. Terima kasih banyak-banyak.

Dalam pada itu, Shiha dalam perkongsian sama turut berseloroh dengan kakitangannya yang mungkin risau hantaran tersebut ditujukan kepada mereka.

“Kepada kakitangan saya, jangan risau. Bukan awak pun. Nanti mulalah masing-masing risau, saya bercakap pasal mereka ke. Bukan, biarlah rahsia.” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN