KUALA SELANGOR: Kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) negeri ini mengambil langkah memperkukuhkan kedudukan jentera dan parti menerusi Program Jelajah Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Bersatu. Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jelajah tersebut dilakukan untuk mengukuhkan kedudukan parti di semua peringkat di seluruh negeri bermula dari Parlimen Kota Raja pada minggu lalu. Bagaimanapun, beliau menafikan jelajah tersebut sebagai persediaan perti berdepan dengan pilihan raya kecil (PRK)…