Bersatu harap pindaan perlembagaan parti dilulus segera

Bersatu harap pindaan perlembagaan parti dilulus segera

MUHYIDDIN Yassin (kanan) menunjukkan salinan pindaan Perlembagaan Bersatu yang diserahkan kepada RoS, Putrajaya. - UTUSAN/HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dapat memberi pertimbangan positif berhubung pindaan perlembagaan parti baru-baru ini.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau juga berharap jabatan itu tiada halangan untuk meluluskan pindaan, malah mahu ia diluluskan secepat mungkin.

Beliau berkata, pihaknya telah menjelaskan satu persatu kepada RoS mengenai pindaan itu, malah ia dibuat mengikut peraturan ditetapkan parti.

“Tadi kita telah jelaskan satu persatu kepada Ketua Pengarah (RoS) dan alhamdulillah semuanya teratur. Saya diberitahu (cadangan pindaan parti) telah mengikut peraturan ditetapkan.

“Saya memohon supaya Ketua Pengarah beri pertimbangan sebaiknya dalam tempoh segera. Kalau sekiranya ada keperluan tertentu maka pihak Setiausaha Kerja parti akan beri maklumat,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan pindaan Perlembagaan Bersatu ke pejabat RoS, di sini hari ini.

Media dimaklumkan dokumen cadangan pindaan itu diserahkan kepada Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad.

Pada Mesyuarat Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu, perwakilan parti itu sebulat suara menyokong usul untuk meminda Perkara 10 Perlembagaan partinya iaitu bagi menghalang wakil rakyat parti itu berpaling tadah pada masa hadapan.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi; Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN