Bangkai helikopter Maritim Malaysia diangkut petang ini - Utusan Malaysia

Bangkai helikopter Maritim Malaysia diangkut petang ini

Helikopter
HELIKOPTER milik Maritim Malaysia yang terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor. - GAMBAR DARI PEMANCING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Bangkai helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dijangka diangkut keluar dari perairan berdekatan Pulau Angsa, di sini selewat-lewatnya pada petang ini.

Helikopter yang membawa empat penumpang termasuk juru terbang tersebut membuat pendaratan cemas sebelum jatuh dekat 5 batu nautika dari pulau berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin, proses kawalan keselamatan di perairan berkenaan masih dilakukan untuk mengelak daripada dimasuki oleh orang awam.

“Ini kerana masih terdapat bangkai pesawat dan tumpahan minyak. Kami menjangkakan operasi akan berterusan (termasuk bawa keluar bangkai pesawat) sehingga lewat petang ini.

“Semua tindakan susulan berkaitan bangkai pesawat sudah diambil tindakan Maritim Malaysia,” katanya, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan helikopter Maritim Malaysia terhempas di Perairan Angsa pagi tadi ketika pihak berkuasa itu sedang melakukan aktiviti latihan menyelamat.

Maritim Malaysia dalam kenyataannya memberitahu, kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi dengan empat penumpangnya terselamat dengan diberikan bantuan awal oleh bot pemancing.

Mereka terdiri daripada Leftenan Komander Maritim, Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria, Leftenan Komander Maritim Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara Pegawai Waran I Maritim John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara Maritim Muhamad Nurhayyat Hashim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN