Artis tak bermoral boleh merugikan produksi - Datuk Ayu Puteh - Utusan Malaysia

Artis tak bermoral boleh merugikan produksi – Datuk Ayu Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh, tidak menolak, sesebuah produksi itu boleh berdepan dengan risiko kerugian sekiranya terdapat pelakon yang sengaja mencetuskan masalah atau kontroversi semasa sedang menjalani penggambaran sesebuah naskhah drama.

Kata Ayu, sekiranya terjadi pada produksinya, sebagai penerbit, dia juga tidak mampu untuk berdepan dengan masalah kerugian akibat tingkah laku orang lain.

“Kalau terjadi pada produksi saya, memang tak boleh nak terima. Rugi banyak! Satu hari tak datang pun boleh rugi, nak selesaikan masalah pun rugi. Itu sebablah dalam kontrak memang kena tulis, jika masalah wujud, kerugian itu harus ditanggung oleh pihak yang buat masalah terbabit.

“Mudah saja. Tetapi kalau hal melibatkan produksi lain, itu kena fikir dua kali. Maksud saya, kena bagi keadaan reda dulu. Tengok juga pada tahap keinsafan artis terbabit. Apa pengajaran yang dia dapat, adakah dia belajar dari kesilapan atau masih teruskan?

“Kalau teruskan lagi, buat hal lagi, timbulkan masalah lagi sampai nama pun busuk dan buat semua orang benci, itu memang susah sikitlah nak terima,” katanya.

Kongsi Ayu lagi, baginya, dalam soal menimbulkan kontroversi tidak senonoh, dia tidak menafikan adakala artis itu sengaja melakukan dan adakalanya tidak.

“Ada juga yang tak sengaja tetapi terkena. Tak kisahlah macam mana pun, tetapi kalau terpalit pada nama tak baik, memang susah sikit nak terima. Sebab itulah, pentingnya kena jaga nama baik dalam apa-apa hal. Kena berhati-hati.

“Kalau terjadi, kita sebagai penerbit tak adalah sampai tahap nak senarai hitam. Mungkin ‘gam’ dia sekejap, bagi reda dulu keadaan. Mungkin masa tengah kena gam itu dia bertaubat, mana tahu bukan?

“Apa-apa pun, mengecewakanlah jika artis suka buat hal tak bermoral ini. Memalukan keluarga. Kita nak komen lebih-lebih pun tak boleh,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya