Ariana Grande diarah bayar AS$1.25 juta kepada bekas suami - Utusan Malaysia

Ariana Grande diarah bayar AS$1.25 juta kepada bekas suami

ARIANA Grande dan Dalton Gomez bercerai selepas dua tahun bergelar suami isteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bintang pop, Ariana Grande, diarahkan membayar AS$1.25 juta (RM2.64 juta) kepada bekas suaminya, Dalton Gomez sebagai penyelesaian bagi perceraian mereka.

Entertainment Today melaporkan, arahan itu ditetapkan mahkamah tinggi Los Angeles selepas kes perceraian pasangan itu selesai secara rasminya hari ini waktu tempatan.

Grande turut perlu menyerahkan separuh pemilikan bagi hartanah mereka di Los Angeles, selain melunaskan kos guaman berjumlah AS$25,000 (RM118,324) yang ditanggung Gomez.

Grande dan Gomez berkahwin pada 15 Mei 2021 namun memutuskan bercerai dua tahun kemudian.

Penyanyi berusia 30 tahun itu memfailkan perceraian pada September tahun lepas atas alasan tiada kesefahaman antara kedua pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya