JOHOR BAHRU: Tiada kata dapat diucapkan dan terpancar perasaan gembira pada wajah seorang murid, Aidah Asnah Aharis, 11, apabila dapat membeli sepasang baju kurung berwarna merah setelah tiga tahun tidak mendapat baju baharu untuk meraikan sambutan 1 Syawal nanti. Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Durian, Pontian itu begitu teruja apabila dipilih oleh pihak sekolah untuk membeli kelengkapan persiapan raya di Pasar raya Mydin, Mutiara Rini dekat sini. “Bersyukur…










