8.79 juta sudah daftar PADU

8.79 juta sudah daftar PADU

Pangkalan Data Utama (PADU)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 8.79 juta rakyat Malaysia sudah mengemaskini maklumat mereka dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Mengikut kenyataan, jumlah tersebut direkodkan sehingga pukul 11.59 malam tadi.

“Rekod pengemaskinian maklumat individu sehingga 27 Mac 2024 pukul 11.59 malam telah mencapai seramai 8.79 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran.

“Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah mengemaskini maklumat dalam sistem PADU,” kata kenyataan  di Facebook hari ini.

Pendaftaran PADU mula dibuka kepada rakyat sejak 2 Januari lalu dan akan berakhir pada 31 Mac iaitu berbaki empat hari lagi.

Dalam pada itu, PADU berkata, masih belum terlambat untuk yang tidak mendaftar untuk melakukan pendaftaran sekarang dan memastikan diri tidak tercicir daripada bantuan-bantuan yang layak.

“Anda semua masih belum terlambat untuk membuat pengemaskinian maklumat sebelum 31 Mac 2024 bagi memastikan anda tergolong dalam kumpulan orang yang menerima bantuan sekiranya layak.

“Pengemaskinian maklumat PADU boleh dibuat melalui portal PADU atau hadir ke kaunter PADU berdekatan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×