SHAH ALAM: Seramai 61 pekerja sebuah premis yang dijadikan sebagai rumah judi terbuka dibenarkan diikat jamin lebih RM300,000 selepas mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Antara pekerjaan dilakukan mereka seperti pembangun perisian, pengurus teknologi maklumat (IT), pereka web, pereka grafik, pemasaran, pembangunan dan penganalisis perniagaan. Kesemua mereka terdiri daripada 49 lelaki dan 12 wanita membuat pengakuan demikian dekat empat mahkamah berbeza di hadapan Majistret,…