KUALA TERENGGANU: Seni gamelan Terengganu melakar satu lagi sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) iaitu Bilangan Pelajar Paling Ramai Dalam Tarian Gamelan Melayu susulan satu persembahan yang diadakan di sini, semalam. Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ahmad Ridzwan Abd. Rahman berkata, seramai 152 penari cilik Tunas Kumpulan Pemuzik dan Penari Tetap Negeri Terengganu (Suktra) terlibat dalam persembahan bersejarah tersebut. Menurutnya, kesemua mereka mempersembahkan tarian gamelan bertajuk ‘Ketam Renjong’…










