JEMPOL: Kanak-kanak lelaki empat tahun yang maut selepas dihempap pokok di Taman Eko Rimba Serting Ulu, Jempol, sebelum ini kerap memberitahu akan mendapat sebuah rumah baharu. Datuk saudaranya, Amir Zulhairi Mohd. Yusof, 48, berkata, perkara itu dikatakan sendiri kanak-kanak itu, Umar Din Ayden Aminuddin ketika mereka bertemu seminggu yang lalu. Menurutnya, dia pada mulanya menganggap perkara itu disebabkan ibu kanak-kanak berkenaan ada membeli rumah. “Dia memanggil saya Tok Teh dan…