KUALA NERUS: Kenaikan tarif air bermula 1 Februari lalu menyebabkan harga ayam segar melambung sehingga mencecah RM10.50 sekilogram di beberapa lokasi di daerah ini dan Kuala Terengganu. Tinjauan di Pasar Manir mendapati harga bahan mentah itu melonjak lebih RM1 berbanding di bawah paras RM9.50 sekilogram pada bulan lalu sebelum kenaikan kos utiliti berkenaan. Seorang peniaga, Zulkiflee Che Hashim, 44, mendakwa, kenaikan harga sumber protein itu sudah bermula di peringkat penternak…










