PUTRAJAYA: Sekretariat Tetap Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Kebangsaan (MPUPK) akan diwujudkan bertujuan menyelaras pertindihan fungsi serta peranan dalam koordinasi pembangunan ekosistem usahawan dan PMKS. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, sekretariat tersebut diketuai SME Corp yang akan bermesyuarat setiap bulan dengan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. “Sekretariat ini memastikan semua dana yang disalurkan kepada setiap agensi…










