Sekat OKT guna media sosial elak pengaruh persepsi awam

Sekat OKT guna media sosial elak pengaruh persepsi awam

KERAJAAN dicadang wujudkan peraturan baharu melibatkan orang kena tuduh (OKT) bagi menghalang menggunakan media sosial mempengaruhi persepsi awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu peraturan baharu melibatkan orang kena tuduh (OKT) perlu diwujudkan iaitu menghalang menggunakan media sosial bagi memastikan mereka terutama dalam kalangan personaliti daripada mempengaruhi persepsi awam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengamal undang-undang yang juga Naib Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Fatihah

Jamhari berkata, terlalu ramai tertuduh dilihat cuba untuk memanipulasi persepsi orang awam dengan menggunakan tempoh masa ketika berada dalam jaminan terutamanya apabila tempoh perbicaraan yang panjang.

Menurutnya, sedangkan mereka (OKT) dibicarakan di atas kesalahan yang berat sama ada dari segi hukuman undang-undang atau prinsip moraliti yang cuba dipelihara di belakang kesalahan jenayah itu

“Perbicaraan mahkamah terhadap tertuduh akan terganggu sekiranya mereka berjaya memanipulasi persepsi orang awam.

“Proses perbicaraan itu tidak akan berjalan dengan lancar malah sebarang keputusan mahkamah akan dikritik sekiranya mereka berjaya manipulasi persepsi orang awam. Akhirnya ini akan rendahkan nilai kehakiman itu sendiri,” katanya.

Beliau mengulas kes seorang lelaki yang baru-baru ini didakwa di mahkamah atas tuduhan mengiklankan dan menjual videonya melakukan hubungan seks dengan beberapa wanita di media sosial dilayan umpama selebriti oleh orang ramai di tempat awam.

Sehubungan itu, Fatihah mencadangkan Kanun Prosedur Jenayah dipinda untuk menyatakan selain memfokuskan bond dan bail kepada jaminan kehadiran ke perbicaraan

“Saya mencadangkan Kanun Prosedur Jenayah dipinda dengan menyatakan peraturan lain yang tidak hanya memberi fokus bond dan bail kepada jaminan kehadiran ke perbicaraan,” katanya.

Dalam pada itu, peguam kanan Haniff Khatri Abdulla menegaskan, media perlu mempunyai had dalam melaporkan sesuatu cerita yang melibatkan dengan perkara negatif.

“Media sepatutnya tidak memberi perhatian menyeluruh kepada seseorang yang boleh mengubah dan menjahanamkan masyarakat sehingga merasai dirinya seperti selebriti.

“Satu cara untuk menghapuskan perkara ini adalah tidak membuat sebarang liputan dan memulaukannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN