KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 bermula hari ini dengan Titah Diraja sempena istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Ia merupakan perasmian yang pertama oleh Sultan Ibrahim sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 1 Februari lalu. Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja akan menyusul keesokannya, sementara sesi penggulungan oleh menteri berkaitan akan bermula 11 sehingga 14 Mac 2024. Bermula 18 sehingga…