Remaja perempuan tergelincir semasa cuci pakaian

Remaja perempuan tergelincir dalam sungai semasa cuci pakaian ditemukan lemas

PASUKAN bomba mengangkat mangsa ditemukan lemas di Sungai Ansip, Keningau semalam-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU: Seorang remaja perempuan yang jatuh tergelincir ke dalam sungai semasa mencuci pakaian di Sungai Ansip ditemukan lemas, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa dikenali sebagai Juliana Gabriel,17, dilaporkan hilang selepas jatuh tergelincir ke dalam sungai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.12 petang dan sepasukan sembilan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak tujuh kilometer dari BBP.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati seorang remaja bukan warganegara dilaporkan jatuh tergelincir semasa mencuci pakaian di sungai tersebut.

Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan mencari di permukaan air dan menyelam di kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Mangsa ditemukan oleh pasukan bomba pada kedalaman 10 kaki dari lokasi mangsa terjatuh.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PRM) dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi SAR tamat sepenuhnya pada pukul 9.20 malam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini