KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyeru kerajaan merangka satu dasar ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni. Seri Paduka memerhatikan setelah lebih 60 tahun Malaysia dibentuk, hubungan perpaduan antara kaum belum sempurna kerana masih ada generasi hari ini gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum lain. “Pepatah Melayu ada menyebut ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, yang bermaksud jika kita hendak melahirkan generasi…










